Friday, 10 March 2017

SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI ATAS MUKA BUMI




NAMA SUBJEK                   : DUA2012 SAINS , TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH          : CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM         
NAMA AHLI KUMPULAN : 1) BALQIS BINTI HASHIM (02DTM16F1124)
                                               2) ANIS AZWANI BINTI ANAHA (02DTM16F1032)
                                               3) NOR AYUNI BINTI ZAKARIA (02DTM16F1050)
                                               4) SAZAITUL FAZLINA BINTI SABRAN (02DTM16F1125)
                                               5) NURUL NAJWA AINA BINTI MOHD NAFIZAN (02DTM16F1056)
                                               6) NUR IZZAH HIDAYAH BINTI CHE NORMIN (02DTM16F1068)
KELAS                                   : DTM2B
TAJUK                                      :  SAINS DAN TEKNOLOGI PELENGKAP MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH    
                                                    DI ATAS MUKA BUMI







PENDAHULUAN

Maksud khalifah menurut bahasa :
Khalifah berasal dari perkataaan arab iaitu khalafah bererti ganti iaitu menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikan atau menggantikannya jika ketiadaannya termasuklah :
1)Menggantikan orang yang tiada.
2)Menggantikan orang yang telah mati.
3)Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4)Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

Maksud khalifah menurut istilah :
·         Dari segi istilah ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah swt sebagai pengganti-nya untuk mentadbir, mengurus dan memakmurkan muka bumi dengan menjalankan syariah Allah swt sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat dan negara.

·         Manusia ialah hamba Allah swt bukanlah satu penghinaan atau satu kehinaan kepada manusia sebaliknya gelaran hamba Allah swt adalah satu gelaran yang paling tinggi kepada manusia seperti yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri di dalam al-quran kerana itulah gelaran yang diberikan kepada nabi dan rasul.

·         Salah satu keistimewaan manusia sebenarnya manusia yang telah dianugerahkan tugas atau amanah yang tidak dipunyai oleh seluruh makhluk lain iaitu khalifahtullah di muka bumi.                                                                                            

·         Konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t dan telah melaksanakn konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t dalam 4 ciri tersebut:

·         1)Aqidah
·         2)Akhlak
·         3)Ibadah
·         4)Syariat



 ISI DAN HURAIAN

    ASAS TANGGUNGJAWAB MANUSIA MENJADI KHALIFAH
·         Manusia diberi banyak kelebihan oleh Allah S.W.T jika dibandingkan secara umumnya dengan makhluk yang lain seperti alam benda, tumbuhan, haiwan, jin dan para malaikat.
·         Antara kelebihannya ialah :-
1.       Keseimbangan kejadian
2.       Anugerah akal fikiran
3.       Memiliki ilmu pengetahuan

   1. KESEIMBANGAN KEJADIAN MANUSIA
Ø  Allah telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Oleh itu, manusia telah diberikan oleh Allah S.W.T dengan berbagai-bagai kelebihan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah.

     2. ANUGERAH AKAL FIKIRAN
Ø  Manusia menggunakan akalnya untuk membina tamadun dan mengorak langkah kemajuan untuk hidup yang lebih selesa dan bertambah maju, cara hidup, pemakanan, tempat tinggal, suasana masyarakat dan segala perkara yang berkaitan dengan manusia sentiasa berubah tidak seperti makhluk Allah S.W.T yang lain.

      3. MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN
Ø  Dengan kejadian dan kelebihan diri yang dianugerahkan Allah S.W.T serta sumber yang dikawalnya. Manusia sepatutnya menangani pelbagai perkara dan menggunakan kaedah berdasarkan ilmu.
Ø  Ilmu yang dituntut bukanlah semata-mata merupakan ‘maklumat’ dan ‘kefahaman’ berkaitan sesuatu perkara. Malah ianya hendaklah diguna pakai untuk mencerminkan kewajaran manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dunia dan Allah S.W.T yang menciptakannya.
Ø  Panduan akal dan wahyu merupakan proses penting menjamin keaslian dan benarnya ilmu yang dimiliki.
          



TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI
§  Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas.
§  Setiap amanah daripada sekecil-kecil hingga yang sebesar-besar, akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat.

              TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
§  Setiap anak mempunyai tanggungjawab yang besar kepada ibubapa mereka.
§  Antara cara berbakti kepada ibubapa ketika hayat mereka:
v  Mentaati mereka selama mana ia tidak bertentangan dengan perintah Allah.
v  Berkorban harta dengan mereka.
v  Bersikap lemah lembut dengan mereka.

              TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
§  Bapa dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam sesebuah keluarga. Tanggungjawab utama sebagai seorang bapa ialah:-
1.      Memberi bimbingan agama kepada anak-anak dan isteri.
2.      Menyediakan keperluan rohani dan jasmani.
3.      Memberi galakan dan dorongan untuk kejayaan anak-anak.
4.      Mengajar dan menunjukkan akhlak yang baik dengan anak-anak dan isteri.

             TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT
§  Manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa wujudnya anggota masyarakat yang lain.
§  Antara tanggungjawab:-
a.       Tolong-menolong
b.      Kasih-mengasihi
c.       Cinta-mencintai
d.      Hormat-menghormati

              TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
§  Sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggotanya mempertahankan Negara dari segala ancaman sama ada dari musuh-musuh luar.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM
§  Memelihara alam dan mengendalikan dengan baik.
§  Tanggungjawab terhadap tumbuhan ialah tidak menebangnya dengan sesuka hati dan menjaga tumbuhan dengan baik.
§  Melaksanakan hubungannya dengan binatang.
§  Manusia dilarang dari membunuh dan menyeksa haiwan sesuka hati.
























       KESIMPULAN


Kesimpulannya ialah manusia haruslah bersyukur kepada Allah kerana Dialah yang memberikan manusia banyak kelebihan yang tidak ada pada makhluknya yang lain. Seorang khalifah itu juga harus sedar bahawa dia telah memikul tanggungjawab yang besar di sisi Allah s.w.t. Oleh sebab itu mereka perlu menguatkan dirinya yang senantiasa mendekati Allah serta meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Di samping itu, mereka juga hendaklah sentiasa rendah diri dan membuat hubungan baik dengan pengikut-pengikutnya serta bertimbang rasa dan bersikap adil dalam segala hal. Khalifah juga tidak bertolak ansur terhadap penyelewengan atau kejahatan yang berlaku dan dia seharusnya melakukan apa yang patut, iaitu yang di tuntut dalam Islam. Seorang khalifah perlulah mempunyai sifat-sifat yang di pandang elok oleh masyarakat yang di pimpinnya.












RUJUKAN






















LAMPIRAN
`               Bukti sains dan teknologi membantu khalifah
Pada zaman dahulu


Perkembangan Sains dan Teknologi Pada Masa kini

 

  Contoh Hadith Berkaitan Khalifah

Thursday, 8 September 2016


     FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AGAMA  ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN  MELAYU MELAKA...


Image result for faktor-faktor perkembangan islam di zaman kesultanan melayu melaka


       SUBJEK                       : DUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA
       NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM
       KUMPULAN               :1
       KELAS                         :DTM1C

      AHLI KUMPULAN     :NURHIDAYAH BINTI CHE AZMI (02DTM16F1071)
                                             NORSYARAFANA BINTI SUHAIMI (02DTM16F1083)
                                             ANIS AZWANI BINTI ANAHA (O2DTM16F1032)
                                             AWANIS BINTI MOHAMMED ARIF (02DTM16F1103)                                                                      NURUL WAHIDA BINTI ZAINAL (02DTM16F1102)     

     PENGHARGAAN       

                    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah membantu dan memberikan kerjasama yang sewajarnya selama kami menyiapkan tugasan ini .

          Terlebih dahulu kami bersyukur kehadrat ilahi kerana kami sekumpulan mampu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya berkat usaha ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus  dan bersengkang mata menyiapkan tugasan ini . Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik Kamal Hisam bin Abdul Halim kerana banyak membantu kami dalam menerangkan tugasan ini sehingga kami betul-betul menguasai tajuk tugasan ini sepenuhnya .

            Seterusnya , jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli kumpulan kami seramai 5 orang iaitu , Nurhidayah , Anis Azwani , Norsyarafana , Nurul Wahida dan Awanis yang memberikan komitmen dan kerjasama yang berterusan terhadap kumpulan kami .

            Akhir kata , terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kami menyiapkan tugasan ini 




     HASIL KAJIAN         



                      Kami dikehendaki menjalankan satu kajian mengenai faktor-faktor perkembangan Islam di zaman kesultanan Melayu Melaka . Kami telah memilih tajuk ini serta memperoleh sedikit sebanyak pengajaran dan pengetahuan yang lebih mendalam . Antara hasil kajian yang kami perolehi ialah latar belakang negeri Melaka , ketahanan kerajaan dari pihak sultan di negeri Melaka , cara bagaimana agama Islam dapat berkembang dan sebagainya


     

      PENGENALAN ISLAM SECARA ASAS DI TANAH MELAYU


Islam ialah agama universal yang datang dari Allah SWT kepada seluruh umat manusia . Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun kearah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi , disamping tidak mengetepikan peranan akal manusia .Sinar Islam turut dirasai penduduk di rantau Alam Melayu apabila terdapat beberapa usaha yang telah dilaksana untuk mengembangkan agama Islam .Usaha ini telah membuahkan hasil dan dapat disaksikan sehingga ke hari ini kerana tugas penyebaran agama Islam adalah dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam tanpa mengira bangsa , keturunan , warna kulit mahupun jawatan . Justeru , agama Islam telah tersebar luas sehingga ke seluruh dunia dan umat Islam terdiri daripada pelbagai manusia yang datang dari keturunan , adat , warna kulit dan latar belakang yang berbeza . Keberadaan agama Islam dirantau Alam Melayu yang terdiri daripada daratan serta kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu .Alam Melayu berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutamanya setelah kedatangan Islam ke rantau ini . Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan , perlaksanaan undang-undang , kesungguhan pendidikan , kerancakkan ekonomi dan kemurnian budaya serta sosial . Kejayaan ini berkat hasil usaha generasi awal yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang berteraskan tauhid . Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pecapaian dan kepintaran zaman tersebut , yang mana ianya banyak bergantung kepada bahan alam yang tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya . Masyarakat Melayu masih mampu bergerak aktif dan mampu berinteraksi serta bersaing dengan bangsa lain seperti bangsa Cina dan India . Umat Melayu mampu membina jati diri bangsa yang disegani serta menjadi contoh teladan terhadap bangsa lain .



           
Image result for BENDERA MELAKA

BENDERA NEGERI MELAKA


     PENGENALAN 


          Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara pada sekitar tahun 1400.Apabila Parameswara telah berjaya membentuk Melaka baginda telah menyusun strategi seperti sistem pemerintahan yang teratur, menjadikan Melaka Bandar pelabuhan, hubungan diplomatik serantau dan antarabangsa diwujudkan. Melalui konsep ‘ikatan daulat’ baginda telah berjaya membangunkan Melaka bersama-sama dengan pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu, dan orang Asli. Melaka telah menjadi sebuah Negara Islam setelah Parameswara memeluk Islam pada 1409 dengan menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.Kegemilangan Melaka terus dilakukan oleh pemerintah selepas Sultan Iskandar Syah terutamanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Kesultanan Melayu Melaka ini telah berjaya bertahan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas kepada Portugis pada tahun 1511 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah.




FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA IALAH :


1. FAKTOR PERDAGANGAN

     Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara Islam,kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama.Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri.Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan  yang  dibawa oleh saudagar tersebut.Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa.Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh pedagang-pedagang  yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat.N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang  Islam.Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka  dapat menguasai politik negeri berkenaan.Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi . Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan . Selain menjadi perdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.


2 . FAKTOR PERKAHWINAN 


    Perkahwinan adalah faktor utama perkembangan Islam di Nusantara.Agama islam diimbangkan menerusi ikatan perkahwinan diraja .Raja-raja dari negeri lain berkahwin dengan puteri-puteri sultan Melaka selepas memeluk agama islam .Proses ini dipanggil perkahwinan sasah.Proses ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah Negara.Sebagai contoh seperti perkahwinan Puteri Pasai sengan Megat Iskandar Syah telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka .   Agama islam bertambah kukuh apabila ramai saudagar yang beragama Islam berkahwin dengan wanita Melaka.Perhubungan keluarga telah memudahkan para perdagang islam berdakwah secara terus denagn kaum kerabat mereka sendiri . Selepas perkahwinan saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada isteri , keluarga isteri dan masyarakat tempatan .Apabila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam dengan mudah, Islam dengan cepat ia berkembang di kalangan rakyat bawahan.Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam yang utama, dapat mengembangkan di tanah-tanah jajahan takluk nya seperti Siak ,Inderakiri ,Rokan , Pahang dan Perak .Perkahwinan Islam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran islam ke seluruh alam melayu.


3 . FAKTOR PERLUASAN KUASA DAN POLITIK


              Melaka telah menduduki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti  Pahang , Kedah , Siak dan Rokan .Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut .   Di zaman kekuatan Melaka dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah jajahanya ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa Kristian. Sarjana Barat iaitu Van Leur mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik. Melaka dikatakan menganut agama islam kerana mendapat sokongan perdagang-perdagang Islam.Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, memerlu sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Isalam.  Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.  


4 . FAKTOR AJARAN ISLAM YANG MUDAH 
  
       Orang melayu secara beramai-ramai suka rela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat ketika itu. Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya.
Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani, ia diaggap sebahagian dari iman.Aspek ajaran Islam itu lebih mudah telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan  agama Hindu.


5 . FAKTOR KESUSTERAAN

      
         Masyarakat telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa gabungan utama.Dengan adanya satu bahasa kegiatan menyebarkan islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam telah meperkenalkan tulisan jawi.Dengan adanya tulisan jawi, dapat memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana meereka dapat menguasai tulisan jawi.Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka . Terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan sebagainya.Pegaruh agama Islam tersiar dengan meluas dan berjaya dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha mereka.Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli atau terjemahan.Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam.


6 . PERANAN AHLI TASAWUF , SUFI DAN PENDAKWAH 

          Kurun ke 14 penyebaran agama Islam  telah disekat oleh Majapahit, Negara Hindu  yang berakhir dan terbesar sekali di Tenggara Asia dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar semula dengan cepatnya. Bukti-bukti  ialah Mu’awiyah bin Abu Sufyan, iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M. Seterusnya , Khalifah Umar Abdul Aziz, usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan hasil apabila baeliu Berjaya mengislamkan Srindravaman Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M.



7 . KESAN PERANG SALIB 

  Peperangan ini berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.Perang Salib 1 ( 1096-1099M) , Perang Salib 2 (1147-1149M) , Perang Salib 3 (1189-1192M) , Perang Salib 4 (1240-1249M) , Perang Salib 5 (1218-1221M) , Perang Salib 6 (1228-1229M) dan Perang Salib 7 (1240-1249M). Akibat dari perang salib, kedua-dua belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur.
Saudagar-saudagar Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh mereka dengan mengembangkan agama Islam.Orang-orang Kristian juga membuat perkara yang sama dengan saudagar-saudagar Islam contohnya , orang-orang Kristian mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur.Tujuannya ialah menghapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi gagal, kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.Orang-orang Barat mulai menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan mereka.  Walau bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara. Faktor saingan yang berlaku di Asia Barat dan di Semenanjung Ibena telah mendorong  semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini, dianggap sebagai satu usaha utuk menahan pengaruh agama Kristian.


8 . FAKTOR PERASAAN ANTI SISTEM KASTA

           
Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu sangat mementingkan status atau menekan konsep kasta. Masyarakat Hindu dibahagikan kepada taraf yang berbeza-beza seperti Kasta tinggi (Brahmin) , Kasta sederhana (Kesyatria dan Vaisya) dan Kasta rendah (Paria) .Ahli-ahli sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut  Islam di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta.Memeluk agama Islam adalah cara yang berkesan untuk membebaskan  mereka dari berlenggu kasta.


9 . FAKTOR PENGARUH PEMERINTAH
  
          Agama Islam mula berkembang di Nusantara telah mendapat tempat di kalangan raja dan pembesar. Pengislaman raja-raja telah membantu perlembagaan Islam.  Masyarakat Melayu terkenal sebagai masyarakat yang taat kepada raja.  Masyarakat mudah terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja.Kata-kata raja dianggap undang-undang muktamad. Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut agama Islam, secara langsung rakyat jelata turut mengikut jejak langkah raja dan pembesar mereka.


KESIMPULAN
   
         Setelah penerangan yang panjang lebar di atas berdasarkan kepada faktor faktor yang telah dikumpul, maka dapat disimpulkanbahawa agama islam berkembang dinusantara bukanlah disebabkan faktor tertentu. Antara sebabnya ialah perdagangan. Justeru pemelukan agama islam dikalangan para pembesar dan raja merupakan pemangkin bagi perkembangan agama islam di nusantara memandangkan sifat masyarakat melayu itu sendiri yang taat kepada raja, menyebabkan mereka turut memeluk agama islam. Pada masa yang sama perkhawinan turut menyumbang kepada faktor islam di nusantara . pada penghujung kurun yang keempat belas yang berlaku juga menyebabkan masyarakat melayu mudah menerima islam. Kesemua ini berkait rapat dengan corak maritime kawasan nusantara yang mudah menerima pengaruh agama melalui kawasan persisiran selat Melaka.



RUJUKAN

-->http://ctu551.blogspot.com/2008/04/faktor-perkembangan-islam-di-alam.html
-->Oxford Fajar , Pengajian Islam
-->https://www.google.com/search?q=faktor-
-->faktor+perkembangan+islam+di+zaman+melayu+melaka&sources


LAMPIRAN


batu bersurat


bangunan bersejarah di Melaka


peristiwa anjing Parameswara dengan seekor pelanduk