FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA...
SUBJEK : DUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA
NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM
KUMPULAN :1
KELAS :DTM1C
AHLI KUMPULAN :NURHIDAYAH BINTI CHE AZMI (02DTM16F1071)
NORSYARAFANA BINTI SUHAIMI (02DTM16F1083)
ANIS AZWANI BINTI ANAHA (O2DTM16F1032)
AWANIS BINTI MOHAMMED ARIF (02DTM16F1103) NURUL WAHIDA BINTI ZAINAL (02DTM16F1102)
PENGHARGAAN
Saya mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pihak-pihak yang telah membantu dan memberikan kerjasama yang sewajarnya selama
kami menyiapkan tugasan ini .
Akhir kata , terima kasih diucapkan
kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini
Terlebih dahulu kami bersyukur
kehadrat ilahi kerana kami sekumpulan mampu menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya berkat usaha ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus dan bersengkang mata menyiapkan tugasan ini .
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Encik
Kamal Hisam bin Abdul Halim kerana banyak membantu kami dalam menerangkan
tugasan ini sehingga kami betul-betul menguasai tajuk tugasan ini sepenuhnya .
Seterusnya , jutaan terima kasih
diucapkan kepada ahli kumpulan kami seramai 5 orang iaitu , Nurhidayah , Anis
Azwani , Norsyarafana , Nurul Wahida dan Awanis yang memberikan komitmen dan
kerjasama yang berterusan terhadap kumpulan kami .
HASIL KAJIAN
Kami dikehendaki
menjalankan satu kajian mengenai faktor-faktor perkembangan Islam di zaman
kesultanan Melayu Melaka . Kami telah memilih tajuk ini serta memperoleh
sedikit sebanyak pengajaran dan pengetahuan yang lebih mendalam . Antara hasil
kajian yang kami perolehi ialah latar belakang negeri Melaka , ketahanan
kerajaan dari pihak sultan di negeri Melaka , cara bagaimana agama Islam dapat
berkembang dan sebagainya
PENGENALAN ISLAM SECARA ASAS DI TANAH MELAYU
Islam ialah agama universal yang datang dari Allah SWT kepada seluruh umat manusia . Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun kearah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi , disamping tidak mengetepikan peranan akal manusia .Sinar Islam turut dirasai penduduk di rantau Alam Melayu apabila terdapat beberapa usaha yang telah dilaksana untuk mengembangkan agama Islam .Usaha ini telah membuahkan hasil dan dapat disaksikan sehingga ke hari ini kerana tugas penyebaran agama Islam adalah dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam tanpa mengira bangsa , keturunan , warna kulit mahupun jawatan . Justeru , agama Islam telah tersebar luas sehingga ke seluruh dunia dan umat Islam terdiri daripada pelbagai manusia yang datang dari keturunan , adat , warna kulit dan latar belakang yang berbeza . Keberadaan agama Islam dirantau Alam Melayu yang terdiri daripada daratan serta kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu .Alam Melayu berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutamanya setelah kedatangan Islam ke rantau ini . Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan , perlaksanaan undang-undang , kesungguhan pendidikan , kerancakkan ekonomi dan kemurnian budaya serta sosial . Kejayaan ini berkat hasil usaha generasi awal yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang berteraskan tauhid . Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pecapaian dan kepintaran zaman tersebut , yang mana ianya banyak bergantung kepada bahan alam yang tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya . Masyarakat Melayu masih mampu bergerak aktif dan mampu berinteraksi serta bersaing dengan bangsa lain seperti bangsa Cina dan India . Umat Melayu mampu membina jati diri bangsa yang disegani serta menjadi contoh teladan terhadap bangsa lain .
BENDERA NEGERI MELAKA
PENGENALAN
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA IALAH :
1. FAKTOR PERDAGANGAN
Melaka telah menjadi sebuah
negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan. Setelah Melaka menjadi negara
Islam,kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang
sama.Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati
penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri.Mereka suka dan tertarik
hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada
perdagangan yang dibawa oleh saudagar tersebut.Melaka juga
menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari
Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa. Ahli-ahli perniagaan Jawa
beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan ada di antaranya
menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha
memperkenalkan Islam di Jawa.Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam
telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan
oleh Melaka.Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan
oleh beberapa orang sarjana Barat. Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa
agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang
telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa
proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh
pedagang-pedagang yang tinggal di
beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat.N. Krom berpegang
kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara
proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum
kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam
itu dilakukan oleh pedagang-pedagang
Islam.Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah
bahawa, apabila peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga
pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka dapat menguasai politik negeri
berkenaan.Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan
perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi . Pedagang-pedagang Islam
dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah
Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan . Selain menjadi
perdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di
kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan
kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang
berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal
mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain.
Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.
2 . FAKTOR PERKAHWINAN
Perkahwinan
adalah faktor utama perkembangan Islam di Nusantara.Agama islam diimbangkan
menerusi ikatan perkahwinan diraja .Raja-raja dari negeri lain berkahwin dengan
puteri-puteri sultan Melaka selepas memeluk agama islam .Proses ini dipanggil
perkahwinan sasah.Proses ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah
Negara.Sebagai contoh seperti perkahwinan Puteri Pasai sengan Megat Iskandar
Syah telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka . Agama islam bertambah kukuh apabila ramai
saudagar yang beragama Islam berkahwin dengan wanita Melaka.Perhubungan
keluarga telah memudahkan para perdagang islam berdakwah secara terus denagn
kaum kerabat mereka sendiri . Selepas perkahwinan saudagar-saudagar tadi memperkembangkan
agama Islam pada isteri , keluarga isteri dan masyarakat tempatan .Apabila
raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam dengan mudah, Islam dengan cepat
ia berkembang di kalangan rakyat bawahan.Melaka sebagai pusat perkembangan
agama Islam yang utama, dapat mengembangkan di tanah-tanah jajahan takluk nya
seperti Siak ,Inderakiri ,Rokan , Pahang dan Perak .Perkahwinan Islam yang kaya
dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran islam
ke seluruh alam melayu.
3 . FAKTOR PERLUASAN KUASA DAN POLITIK
Melaka telah menduduki banyak daerah dari
negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti Pahang , Kedah , Siak dan Rokan .Melalui penaklukan ini, Islam telah
disebarkan ke negeri-negeri tersebut .
Di zaman kekuatan Melaka dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap
tanah-tanah jajahanya ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebut dari jatuh
ke tangan kuasa-kuasa Kristian. Sarjana Barat iaitu Van Leur mengemukakan
teorinya yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong
oleh situasi politik dan juga motif politik. Melaka dikatakan menganut agama
islam kerana mendapat sokongan perdagang-perdagang Islam.Kerajaan-kerajaan
Islam yang baru, memerlu sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan
mereka yang bercorak Isalam. Van Leur
cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat
untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.
4 . FAKTOR AJARAN ISLAM YANG MUDAH
Orang
melayu secara beramai-ramai suka rela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran
yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat
manusia yang dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan
warna kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang
pemisah dalam serata masyarakat ketika itu. Islam menekankan cara pergaulan
yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya.
Ajaran Islam menganjurkan
kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani, ia diaggap sebahagian dari iman.Aspek
ajaran Islam itu lebih mudah telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat
mengatasi perkembangan agama Hindu.
5 . FAKTOR KESUSTERAAN
6 . PERANAN AHLI TASAWUF , SUFI DAN PENDAKWAH
Kurun ke 14 penyebaran agama
Islam telah disekat oleh Majapahit,
Negara Hindu yang berakhir dan terbesar
sekali di Tenggara Asia dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar
semula dengan cepatnya. Bukti-bukti
ialah Mu’awiyah bin Abu Sufyan, iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani
Umayyah telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M. Seterusnya ,
Khalifah Umar Abdul Aziz, usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan hasil apabila
baeliu Berjaya mengislamkan Srindravaman Raja Srivijaya di Jambi pada tahun
718M.
7 . KESAN PERANG SALIB
Peperangan ini berlaku pada abad ke-11 hingga
ke-13.Perang Salib 1 ( 1096-1099M) , Perang Salib 2 (1147-1149M) , Perang Salib
3 (1189-1192M) , Perang Salib 4 (1240-1249M) , Perang Salib 5 (1218-1221M) , Perang
Salib 6 (1228-1229M) dan Perang Salib 7 (1240-1249M). Akibat dari perang salib,
kedua-dua belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah berlumba-lumba
mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur.
Saudagar-saudagar Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan
pengaruh mereka dengan mengembangkan agama Islam.Orang-orang Kristian juga
membuat perkara yang sama dengan saudagar-saudagar Islam contohnya , orang-orang
Kristian mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur.Tujuannya ialah
menghapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi gagal, kecuali
di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.Orang-orang Barat mulai menggunakan
kekerasan untuk mencapai tujuan mereka.
Walau bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah
berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara. Faktor saingan yang berlaku di Asia
Barat dan di Semenanjung Ibena telah mendorong
semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini, dianggap sebagai satu
usaha utuk menahan pengaruh agama Kristian.
8 . FAKTOR PERASAAN ANTI SISTEM KASTA
9 . FAKTOR PENGARUH PEMERINTAH
Agama
Islam mula berkembang di Nusantara telah mendapat tempat di kalangan raja dan
pembesar. Pengislaman raja-raja telah membantu perlembagaan Islam. Masyarakat Melayu terkenal sebagai masyarakat
yang taat kepada raja. Masyarakat mudah
terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja.Kata-kata raja dianggap
undang-undang muktamad. Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut
agama Islam, secara langsung rakyat jelata turut mengikut jejak langkah raja
dan pembesar mereka.
KESIMPULAN
Setelah penerangan yang panjang lebar di
atas berdasarkan kepada faktor faktor yang telah dikumpul, maka dapat
disimpulkanbahawa agama islam berkembang dinusantara bukanlah disebabkan faktor
tertentu. Antara sebabnya ialah perdagangan. Justeru pemelukan agama islam
dikalangan para pembesar dan raja merupakan pemangkin bagi perkembangan agama
islam di nusantara memandangkan sifat masyarakat melayu itu sendiri yang taat kepada
raja, menyebabkan mereka turut memeluk agama islam. Pada masa yang sama
perkhawinan turut menyumbang kepada faktor islam di nusantara . pada penghujung
kurun yang keempat belas yang berlaku juga menyebabkan masyarakat melayu mudah
menerima islam. Kesemua ini berkait rapat dengan corak maritime kawasan
nusantara yang mudah menerima pengaruh agama melalui kawasan persisiran selat
Melaka.
RUJUKAN
-->http://ctu551.blogspot.com/2008/04/faktor-perkembangan-islam-di-alam.html
-->Oxford Fajar , Pengajian Islam
-->https://www.google.com/search?q=faktor-
-->faktor+perkembangan+islam+di+zaman+melayu+melaka&sources
LAMPIRAN
batu bersurat
bangunan bersejarah di Melaka
peristiwa anjing Parameswara dengan seekor pelanduk